Selangorkini
ADN Sungai Kandis, Zawawi Ahmad Mughni menyerahkan minyak pelincir kepada penghantar makanan ketika program serahan minyak pelincir percuma sempena Hari Kemerdekaan ke-64 di Tapak Rakan Muda, Klang pada 31 Ogos 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

100 pekerja e-panggilan terima minyak pelincir percuma

KLANG, 31 OGOS: Sebanyak 100 minyak pelincir motosikal diagih kepada pekerja e-panggilan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 hari ini.

Wakil rakyat Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata sumbangan sebagai simbolik memupuk semangat patriotik anak muda ketika negara berdepan penularan Covid-19.

ADN Sungai Kandis, Zawawi Ahmad Mughni bergambar bersama penghantar makanan ketika program serahan minyak pelincir percuma sempena Hari Kemerdekaan ke-64 di Tapak Rakan Muda, Klang pada 31 Ogos 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Bantuan ini juga dapat meringankan beban pekerja Food Panda dan Grab Food untuk menyelenggara motosikal masing-masing.

“Kita tahu mereka antara golongan terjejas akibat pandemik ini,” katanya ketika ditemui pada Program Minyak Hitam Percuma Penggerak Belia Selangor (PeBS) Sungai Kandis hari ini.

Seorang penerima minyak pelincir Zaki Miswan, 27, berkata bantuan itu mengurangkan kos selenggara motosikal yang digunakan setiap hari mencari rezeki.

“Terima kasih kerana prihatin dengan keperluan pekerja penghantaran ini. Walaupun bantuan nampak ringkas tetapi sangat membantu,” katanya.


Pengarang :