Selangorkini
Anggota bomba bertindak segera memadamkan kebakaran yang berlaku di Taman Sri Gombak pada 31 Julai 2021. Foto Facebook Penyelaras DUN Gombak Setia
ADN SELANGOR

15 mangsa kebakaran di Sri Gombak dipindah ke dewan, surau

SHAH ALAM, 1 OGOS: Seramai 15 mangsa yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran di Taman Sri Gombak malam tadi, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan berhampiran.

Tiga daripada empat keluarga yang terlibat dalam kejadian ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Makmur manakala bakinya di surau kampung berkenaan.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia berkata kesemua mangsa terselamat dan dipindahkan ke PPS dengan segera selepas kejadian itu.

“Selain itu, agihan barangan juga diberikan kepada mereka seperti toto, selimut, bantal dan barangan mandian.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut terlibat menghulurkan bantuan perlu,” kata Rahim Kasdi kepada SelangorKini.

Beliau yang hadir ke lokasi kejadian bersama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang Anuar Jasmin juga menyalurkan bantuan makanan kepada mangsa.

Difahamkan, pihak bomba masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian pada kira-kira 9 malam itu yang memusnahkan sama sekali lima rumah, satu bengkel dan satu stor.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.


Pengarang :