Petugas kesihatan memberi suntikan pelalian kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Rawang di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Siantan, Selayang pada 15 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

2.61 juta penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 18 OGOS: Seramai 2.61 juta atau 54.9 peratus penduduk Selangor lengkap menerima dua dos pelalian Covid-19 setakat hari ini.

Dato’ Menteri Besar menjelaskan 3.81 juta atau 80.2 peratus rakyat pula telah mendapat suntikan dos pertama.

“Setakat 18 Ogos, sejumlah 6.42 juta dos vaksin telah disuntik di Selangor (melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan – PICK).

“Manakala, menerusi Program Vaksin Selangor atau Selvax pula, tambahan sebanyak 304,784 dos telah diberi,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Pada 16 Julai, Amirudin berkata semua warga Selangor yang mendaftar akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Selangor kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.


Pengarang :