Selangorkini
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) meninjau proses suntikan pelalian menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan MPAJ Pandan Indah, Ampang pada 1 Ogos 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMA SELANGOR

26 peratus penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 1 OGOS: Sebanyak 26 peratus atau 1.23 juta penduduk Selangor lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan sejumlah 4.43 juta dos vaksin diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau menerusi perkongsian infografik di Facebook berkata 67.5 peratus atau 3.2 juta rakyat sudah menerima dos pertama pelalian.

Manakala sejumlah 193,649 dos disuntik menerusi program Vaksin Selangor (Selvax).

Pada 29 Julai lalu, Amirudin memaklumkan jumlah rakyat Selangor menerima vaksin mencecah lebih sejuta apabila seramai 1.04 juta atau 22 peratus penduduk Selangor lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Negeri kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.


Pengarang :