Wakil Mais menyerahkan bantuan makanan kepada golongan terkesan di Petaling, Sabak Bernam, Klang dan Kuala Selangor pada 27 Ogos 2021. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSISELANGOR

495 keluarga di empat daerah terima bantuan Mais

SHAH ALAM, 28 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyalurkan bantuan makanan asas berjumlah RM49,500 yang memanfaatkan 495 keluarga di empat daerah.

Agensi itu memaklumkan sumbangan diagihkan ke daerah Petaling melibatkan 290 penerima, Sabak Bernam (172), Klang (24) dan Kuala Selangor (sembilan).

“Bagi melancarkan pengagihan, 16 Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais (RSAFM) terdiri daripada masjid dan surau membantu menyalurkan sumbangan terus kepada penerima,” menurut MAIS di Facebook hari ini.

Mais mengagihkan fidyah berjumlah RM3 juta kepada 20,000 keluarga yang terkesan akibat Covid-19 sejak awal tahun ini.

Bantuan tersebut disalurkan dengan anggaran RM30,000 dan RM40,000 setiap minggu serta dilakukan secara berterusan di seluruh negeri.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman sesawang Mais di www.mais.gov.my atau membuat bayaran menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

 


Pengarang :