Halimey menyaksikan ujian saringan Covid-19 yang diberi percuma kepada 500 penduduk di Pangsapuri Desaria, Petaling Jaya, 29 Ogos 2021. Foto Ihsan Halimey Abu Bakar
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

500 penduduk B40 di Seri Setia sertai saringan percuma

SHAH ALAM, 29 OGOS: Seramai 500 penduduk golongan berpendapatan rendah (B40) di Pangsapuri Desaria, Petaling Jaya menjalani saringan Covid-19 secara percuma.

Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar berkata program diadakan dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi memutuskan penularan virus.

“Lokasi itu dipilih kerana mempunyai ramai B40 yang tidak mampu menjalani ujian calitan di klinik atau membeli kit ujian kendiri,” katanya di sini, hari ini.

Dalam program berlainan, Halimey berkata beliau menyerahkan roti, pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan bendera kepada 150 anggota pasukan keselamatan.

Halimey menyerahkan sumbangan roti, alat perlindungan diri dan bendera kepada bomba di Petaling Jaya, 29 Ogos 2021. Foto Ihsan Halimey Abu Bakar

“Sumbangan itu sebagai menghargai polis dan bomba yang menjaga ketenteraman negara, pada masa sama menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara.

“Roti dibeli daripada peniaga di Desa Mentari bagi menyokong perniagaannya, beliau membesarkan seorang anak orang kelainan upaya (OKU),” katanya.


Pengarang :