Pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mengesahkan slot di pusingan suku akhir acara keirin selepas mengungguli pusingan pertama – saringan tiga di Velodrom Izu, Shizuoka pada 7 Ogos 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Azizulhasni layak ke peringkat akhir acara keirin

TOKYO, 8 OGOS: Pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kini semakin hampir melakar sejarah tersendiri, merangkul pingat emas pertama Malaysia di Olimpik Tokyo, apabila berjaya mempamerkan persembahan cemerlang untuk mara ke peringkat akhir acara keirin lelaki di Izu Velodrome in Shizuoka, di sini hari ini.

Bekas juara dunia berumur 33 tahun itu yang menjadi harapan negara untuk merangkul pingat emas sejak dari awal temasya, mengungguli Saringan Dua di hadapan pelumba Jerman Maximilian Levy dan pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen, yang meraih pingat emas dalam acara pecut lelaki.

Sementara itu penyandang juara Jason Kenny dari Britain, pelumba Australia Matthew Glaetzer dan pelumba Suriname Jair Tjon En Fa muncul tiga pelumba terbaik dalam saringan pertama.

Tiga pelumba terbaik dalam dua saringan akan berlumba di peringkat akhir, yang akan bermula pada pukul 11 pagi ini.

Terdahulu seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan peringkat separuh akhir selepas menjadi pelumba terakhir sampai di garisan penamat dalam Saringan Dua peringkat suku akhir.

– BERNAMA


Pengarang :