Petugas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu mengagihkan bantuan bakul makanan ke kampung Orang Asli DUN tersebut. Foto Facebook Lee Kee Hiong
ADNSELANGOR

Bantuan makanan lebih RM20,000 untuk penduduk Kuala Kubu Bharu

SHAH ALAM, 18 OGOS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu memperuntuk lebih RM20,000 untuk bantuan bakul makanan kepada golongan memerlukan sejak 1 Ogos hingga Ahad lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN)nya berkata pusat khidmat menyalurkan bantuan tersebut setiap hari supaya tiada penduduk terputus bekalan makanan.

“Laporan menunjukkan kami telah menghantar sebanyak RM22,974.50 makanan untuk mereka memerlukan pada 1 hingga 15 Ogos,” kata Lee Kee Hiong menerusi Facebook.

Kepada penduduk DUN itu yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian 0111-550 9837.

Pada 9 Jun, Amirudin mengumumkan setiap DUN menerima bantuan tambahan RM50,000 menerusi Program Bakul Makanan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Turut menerima peruntukan tambahan dalam menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat ahli parlimen Pakatan Harapan berjumlah RM30,000.

Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta meliputi tiga strategi dan 25 program bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat.


Pengarang :