Ir Izham Hashim bercakap kepada media ketika program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan MPAJ Pandan Indah, Ampang pada 1 Ogos 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Baucar Jom Shopping diagih kepada 1,600 peserta di Pandan Indah

SHAH ALAM, 3 OGOS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah memperuntuk RM160,000 bagi baucar Jom Shopping yang akan diagihkan pertengahan bulan ini.

Wakil rakyatnya berkata seramai 1,600 penerima terdiri daripada golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas layak menerima manfaat tersebut.

“Semua penerima akan diberi baucar bernilai RM100 yang boleh dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan harian.

“Kita harap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka terutama ketika pandemik melanda,” kata Ir Izham Hashim kepada SelangorKini.

Beliau berkata kaedah agihan akan dimaklum dalam masa terdekat sama ada secara terus ke kediaman penerima atau di pusat khidmat masyarakat yang akan dilakukan mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

Kerajaan Negeri menyediakan dana RM20 juta bagi melaksanakan program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada peserta warga emas berusia 60 tahun dan OKU. Untuk semakan status ahli boleh layari http://mesra.yawas.my/smue/.


Pengarang :