Selangorkini
Anisur Rahman Chowdury (kanan) dan rakannya, Md Mozibur Rahman Bhuiyan dari Bangladesh membaca bahasa Banggali pada gegantung yang memaparkan bahasa asing dalam program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Subang Jaya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel De Palma, Shah Alam pada 19 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADN SELANGOR

Gegantung lima bahasa permudah warga asing patuhi SOP, daftar vaksin Selangor

SHAH ALAM, 20 OGOS: Gegantung tatacara operasi piawai (SOP) dalam lima bahasa asing pada program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya memudahkan warga asing mematuhi arahan untuk mengelak jangkitan Covid-19.

Lima bahasa itu adalah Urdu, Bengali, Hindu, Burma, Nepal dan Vietnam.

Ahli Dewan Negeri (ADN)nya berkata inisiatif diambil kerana terdapat golongan berkaitan tidak memahami bahasa Melayu dan Inggeris menyebabkan kesukaran termasuk proses pendaftaran.

“Ada situasi kami terpaksa menyanyi lagu ‘Happy Birthday’ untuk mendapatkan tarikh lahir mereka untuk mendaftar menggunakan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Mereka mudah faham apabila arahan ditulis dalam bahasa ibunda masing-masing, ini penambahbaikan dilakukan selepas melihat kekurangan ketika suntikan dos pertama bulan lalu,” kata Michelle Ng Mei Sze ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel De Palma di sini semalam.

Beliau berkata seramai 2,700 orang mendaftar mendapat suntikan vaksin Covid-19 bagi Selvax Komuniti DUN Subang Jaya, melebihi daripada kuota ditetapkan.

“Ramai juga warga asing mendapatkan suntikan, ia sesuatu yang baik kerana kebanyakannya bekerja dengan penduduk tempatan.

“Apabila sudah divaksin sudah tentu mereka boleh bekerja dengan selamat, perniagaan penduduk boleh diteruskan tanpa halangan,” katanya.


Pengarang :