Petugas kesihatan meletakkan sampel calitan dalam tiub pada program Saringan Komuniti Covid-19 di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 9 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian kekal paras 21,000, Selangor lebih 7,000

SHAH ALAM, 13 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara melonjak ke paras tinggi sekali lagi hari ini dengan 21,468 kes setelah merekodkan kes terbesar semalam.

Angka yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan jangkitan di Selangor naik mendadak lebih 1,000 kes berbanding semalam kepada 7,449.

Selain Kuala Lumpur yang mencatatkan angka 2,183 kes, lima negeri lagi merekodkan jumlah kes empat angka: Kedah (1,807), Sabah (1,654), Johor (1,485), Pulau Pinang (1,316) dan Kelantan (1,088).

Pecahan kes di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Negeri Sembilan – 974
Perak – 940

Melaka – 723
Sarawak – 715

Pahang – 572

Terengganu – 440

WP Putrajaya – 66
Perlis – 50

WP Labuan – 6


Pengarang :