Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada penerima ketika program Vaksin Selangor (Selvax) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 21 Ogos 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian Selangor turun, sumbang 18.5 peratus keseluruhan kes

SHAH ALAM, 31 OGOS: Peratusan kes harian Covid-19 di Selangor mula mencatatkan penurunan sejak kebelakangan berbanding Januari tahun ini

Berdasarkan data dikongsi Facebook Media Selangor, negeri ini menyumbang sebanyak 18.5 peratus kepada jangkitan harian di seluruh negara semalam.

Angka itu banyak menurun berbanding 57.3 peratus kes harian yang direkodkan pada 30 Januari 2021

Data tersebut menunjukkan perubahan dipengaruhi dua faktor utama iaitu penurunan purata kes harian di Selangor dan juga peningkatan ketara purata kes harian negeri lain.

Semalam, antara negeri menyumbang kes melebihi 10 peratus adalah Sabah (12 peratus), Johor (11.8 peratus), Kedah (10.8 peratus) dan Sarawak (10.5 peratus).

Selangor yang selalunya merekodkan jumlah tinggi menunjukkan trend menurun selama beberapa hari mutakhir kepada paras 3,567 kes semalam walau jumlah nasional tidak banyak menurun.

Dengan 6,936 kes pada Khamis lalu, negeri itu menunjukkan aliran menurun jumlah jangkitan harian kepada 5,920 (Jumaat), 5,814 (Sabtu) dan 4,591 kes (Ahad).

 

Peratus kes harian Selangor dalam jumlah kes harian negara terus mencatat penurunan

 


Pengarang :