Orang ramai beratur menunggu giliran untuk menerima suntikan pelalian ketika program Vaksin Selangor (Selvax) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 13 Ogos 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan kekal paras 22,000, kes di Selangor berkurang lebih 100

SHAH ALAM, 28 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 kekal pada paras semalam iaitu 22,597 kes yang dilaporkan hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.

Mengikut data di Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jangkitan di Selangor terus menurun kepada 5,814 berbanding 5,920 kes semalam.

Dua negeri di Borneo kekal merekodkan jangkitan yang tinggi iaitu Sabah dengan 2,834 dan Sarawak 2,427 kes.

Lima negeri dan wilayah kekal mencatat jangkitan empat angka iaitu Kedah (2,162), Pulau Pinang (1,920), Johor (1,896), Kelantan (1,289) dan Kuala Lumpur (1,111).

Manakala jangkitan di Perak meningkat kepada 1,061 berbanding 939 kes semalam.

Negeri yang merekodkan kes tiga angka:

Terengganu – 739
Pahang – 579
Melaka – 269

Negeri dan wilayah yang merekodkan kes dua dan satu angka:

Perlis – 98
WP Putrajaya – 48
WP Labuan – 5


Pengarang :