Seorang petugas kesihatan lengkap berpakaian sut pelindung diri (PPE) membantu orang ramai yang hadir di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam ketika tinjauan Selangorkini pada 17 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan naik lagi ke paras 20,000, kes di Selangor kekal lebih 8,000

SHAH ALAM, 5 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara melonjak ke paras tertinggi sekali lagi hari ini dengan 20,596 kes setelah merekodkan kes terbesar semalam.

Angka yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor kekal dengan paras semalam apabila mencatat 8,549 kes.

Selain Kuala Lumpur yang mencatatkan angka 2,163 kes, empat negeri lagi merekodkan jumlah kes empat angka: Kedah (1,446), Johor (1,300), Sabah (1,062) dan Pulau Pinang (1,022).

Pecahan kes di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Negeri Sembilan – 989
Perak – 916

Sarawak – 759

Melaka – 622

Terengganu – 501

Pahang – 426

WP Putrajaya – 50
WP Labuan – 15

Perlis – 4


Pengarang :