Orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin IDCC Seksyen 15 Shah Alam pada 14 Julai 2021- Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jumlah jangkitan bertahan pada paras 19,000 kes, Selangor kekal 5,000

SHAH ALAM, 17 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara sedikit menurun kepada 19,631 kes berbanding 19,740 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor kekal pada paras 5,000 iaitu 5,753 kes.

Jangkitan di Sabah melonjak kepada 2,103 kes berbanding 1,728 semalam.

Manakala enam negeri merekodkan kes empat angka iaitu Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,728), Johor (1,309), Pulau Pinang (1,275), Kelantan (1,268) dan Perak (1,101).

Sementara itu, dua negeri mengalami penurunan apabila Sarawak merekodkan 835 kes berbanding 1,566 semalam dan Melaka 623 kes berbanding 1,120 semalam.

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Pahang – 670

Negeri Sembilan – 490
Terengganu – 498

WP Putrajaya – 41
Perlis – 37

WP Labuan – 0


Pengarang :