Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Orang Ramai Serin, Cyberjaya pada 2 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jumlah jangkitan catat rekod tertinggi 22,242 kes, Selangor pada paras 6,000

SHAH ALAM, 18 OGOS: Jumlah jangkitan melonjak lagi kepada rekod tertinggi 22,242 kes dengan tujuh negeri melebihi paras 1,000 kes tidak termasuk Selangor dan Sabah.

Selangor mencatat jumlah 6,858 kes hari ini berbanding 5,753 semalam, sementara Sabah tidak banyak berubah kepada 2,413 kes berbanding 2,103 semalam.

Berdasarkan angka yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di media sosial, jumlah kes di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Pulau Pinang – 1,867 (64,704)
Kedah – 1,852 (73,939)
KL – 1,587 (159,211)
Johor – 1,477 (115,141)
Sarawak – 1,403 (90,810)
Kelantan – 1,351 (60,962)
Perak – 1,036 (53,657)

Pahang – 675 (35,765)
Melaka – 579 (41,849)
Negeri Sembilan – 577 (86,279)
Terengganu – 487 (25,989)

Perlis – 50 (1,149)
Putrajaya – 25 (4,990)
Labuan – 5 (9,750)


Pengarang :