Petugas kesihatan membantu menolak kerusi roda warga emas yang selesai melakukan penilaian kesihatan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang pada 2 Ogos 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jumlah jangkitan kian menurun, kes di Selangor pada paras 4,000

SHAH ALAM, 29 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 terus menurun kepada 20,579 berbanding 22,597 kes semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Mengikut data di Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jangkitan di Selangor turut menunjukkan penurunan lebih 1,000 kes dengan mencatat 4,591 kes berbanding 5,814 semalam.

Dua negeri di Borneo kekal merekodkan jangkitan yang tinggi iaitu Sabah dengan 2,578 dan Sarawak 2,522 kes.

Lima negeri kekal mencatat jangkitan empat angka iaitu Johor (1,852), Kedah (1,755), Pulau Pinang (1,378), Kelantan (1,316) dan Perak (1,208).

Negeri dan wilayah yang merekodkan kes tiga angka:

Pahang – 839

Terengganu – 789

Kuala Lumpur – 680

Melaka – 636

Negeri Sembilan – 329

Negeri dan wilayah yang merekodkan kes dua dan satu angka:

Perlis – 56

Putrajaya – 48

Labuan – 2


Pengarang :