80 unit mesin oksigen dipulangkan semula ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0. Foto Facebook Hospital Tengku Ampuan Rahimah
AGENSISELANGOR

Jumlah pesakit Covid-19 menurun, HTAR pulang semula mesin oksigen  

SHAH ALAM, 21 OGOS: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) memulangkan semula 80 unit mesin oksigen yang dipinjam daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0 susulan kemasukan pesakit Covid-19 di hospital itu semakin menurun.

HTAR memaklumkan, bahagian Logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyusun semula peralatan berkenaan untuk digunakan di negeri-negeri lain yang mengalami peningkatan kemasukan pesakit secara mendadak.

Sehubungan itu, HTAR merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PKRC MAEPS 2.0, khusus kepada Pengarahnya, Dr. Shahabuddin Ibrahim atas pinjaman berkenaan sepanjang tempoh ‘disaster’.

“Segala sumbangan dan sokongan daripada pihak luar ke HTAR amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih,” maklum HTAR menerusi kenyataan di Facebook semalam.

Selasa lalu, Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi memaklumkan kemasukan harian pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan di hospital itu berkurangan lebih 50 peratus sejak seminggu sebelumnya.


Pengarang :