Petugas kesihatan memakai kelengkapan alat perlindungan diri (PPE) ketika memberi rawatan kepada pesakit Covid-19 di Unit Rawaan Rapi Hybrid Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 11 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Lembah Klang antara terendah

SHAH ALAM: 21 OGOS: Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) di Selangor semalam berada di bawah paras 1.0 iaitu antara yang terendah dalam negara.

Malah, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang juga berada di Lembah Klang turut merekod kadar Rt di bawah paras 1.0.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan data terkini pada 20 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.04.

“Negeri yang mencatatkan nilai Rt tertinggi adalah Perlis iaitu 1.38 diikuti Sarawak (1.31) dan Sabah (1.23).

“Semua negeri mencatatkan nilai Rt melebihi 1.0 kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Negeri Sembilan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berdasarkan jadual, nilai Rt di Selangor adalah 0.98, Kuala Lumpur (0.95), Negeri Sembilan (0.92), Putrajaya (0.89) dan Labuan (0).

Manakala negeri lain pula iaitu Pulau Pinang (1.16), Kelantan (1.14), Perak (1.11), Kedah (1.10), Johor dan Pahang (1.06) serta Melaka dan Terengganu (1.05).


Pengarang :