EXCO Kerajaan Negeri Rodziah Ismail (tengah) bersama rombongan dan peserta selepas sesi Lawatan Kembara Sukses Hijrah di kedai aksesori telefon bimbit, Cikgu Gadget di Sungai Besar pada 21 Disember 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Kerajaan Negeri belanja lebih RM100 juta bantu peminjam Hijrah

SHAH ALAM, 30 OGOS: Kerajaan Negeri memperuntuk RM105 juta bagi menjana pendapatan tambahan kepada peminjam Hijrah Selangor.

EXCO Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata jumlah peruntukan itu merangkumi Pakej Kita Selangor 1.0 dan Pakej Kita Selangor 2.0.

“Menerusi Pakej Kita Selangor 1.0, pelaksanaan Skim Go Digital dengan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi menjana pendapatan usahawan melalui jualan dalam talian.

“Juga Skim NaDI (Niaga Darul Ehsan) bagi mereka yang terjejas pendapatan dan ingin memulakan perniagaan sebagai sumber pendapatan baru dengan peruntukan sebanyak RM10 juta,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab isu dibangkitkan wakil rakyat Sementa, Dr Daroyah Alwi mengenai perancangan Kerajaan Negeri bagi menjana pendapatan tambahan kepada peminjam Hijrah.

Jelas Rodziah, Pakej Kita Selangor 2.0 pula peruntukan pinjaman sebanyak RM80 juta diberikan kepada ushawan Hijrah.


Pengarang :