EXCO sukan Khairuddin Othman berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembangunan Atlet Selangor antara Majlis Sukan Negeri Selangor dan UiTM di UiTM Shah Alam pada 7 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Kerajaan Negeri sedia beri kerjasama jayakan Visi Sukan Negara

SHAH ALAM, 5 OGOS: Kerajaan Negeri sedia memberi sokongan dan kerjasama kepada Putrajaya terutama melibatkan sukan dalam menjayakan Visi Sukan Negara (VSN) 2030.

EXCO sukan berkata semua agensi dan persatuan sukan seperti Majlis Sukan Negeri Selangor, Penggerak Belia Selangor, atlet serta rakyat sedia memberi buah fikiran serta idea baharu.

“Hari ini kita dapat menjayakan program sesi libat urus Kanvas VSN 2030 peringkat negeri.

“Setinggi penghargaan kepada Jabatan Belia Dan Sukan Selangor serta Majlis Sukan Negeri Selangor yang berusaha menjayakan program seumpama ini,” kata Mohd Khairuddin Othman dalam kenyataan.

Beliau menambah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri menjayakan program yang memberi keuntungan kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri sedar, kepelbagaian pendapat dari semua pihak perlu dirai agar dokumen VSN 2030 dapat disiapkan dengan cemerlang selaras dengan cogan kata ‘Ini Visi Kita’.”

Pada 7 April, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan Kanvas VSN 2030 yang menjadi permulaan baik dalam memartabatkan pendemokrasian sukan.

Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pendemokrasian tersebut bermula dengan suara dan keterbukaan dalam memberi pandangan tanpa mengira latar belakang.


Pengarang :