SHAH ALAM, 23 OGOS: Jangkitan baharu Covid-19 seluruh negara terus menurun kepada 17,672 hari ini, maklum ketua pengarah kesihatan.
Semalam Malaysia mencatat 19,807 kes baharu manakala pada Sabtu 22,262 kes.
Berdasarkan data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, Selangor mencatat kes bawah 5,000 dengan 4,316 kes, menurun berbanding 5,379 kes semalam.
Mengikut perkongsian itu lagi, Sabah mencatat kes harian kedua tertinggi dengan 2,474 kes, diikuti Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).
Selain itu, Perak mencatat 952 kes, Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (tujuh).