Pendakwah bebas Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali memberi ceramah khas ketika Majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri secara maya pada 9 Ogos 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kukuh akidah, banyakkan amalan sunat sempena Maal Hijrah

SHAH ALAM, 10 OGOS: Umat Islam diseru berazam memperkukuh akidah melalui aktiviti dakwah dan kerohanian sempena tahun baharu Maal Hijrah 1443H.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata penghijrahan perlu dibuat bagi mendapat keberkatan, keredhaan dan rahmat Allah.

“Sempena tahun baharu ini, kita perlu berusaha menangani ajaran sesat, pemikiran liberal, penghinaan kepada Islam dan apa sahaja aktiviti yang menjurus kepada menyeleweng dari pegangan ahli sunnah wal jamaah.

“Malah, umat Islam juga dinasihat untuk perbanyakkan amalan sunat seperti puasa, solat, berdoa dan bertawakal kepada Allah terutama di saat kita diuji dengan pandemik Covid-19 ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Mais Bermunajat dan perutusan tahun baharu Hijrah 1443H yang disiarkan secara langsung di Facebook Mais malam tadi.

Abdul Aziz turut mengucapkan salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam terutama penduduk negeri ini dan meminta semua mendoakan agar wabak Covid-19 segera diangkat ke langit.


Pengarang :