Petugas kesihatan membantu menolak kerusi roda warga emas yang selesai melakukan penilaian kesihatan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang pada 2 Ogos 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 18,000 kes baharu Covid-19 tiada vaksin

SHAH ALAM: 21 OGOS: Sebanyak 18,374 atau 82.5 peratus daripada 22,262 kes baharu Covid-19 hari ini didapati tiada atau tidak lengkap vaksinasi, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu kategori satu iaitu tidak bergejala merekodkan jumlah tertinggi dengan 9,035 kes diikuti kategori dua (gejala ringan) 8,933.

Bagi kategori ketiga (radang paru-paru) pula mencatat 175 kes, kategori empat (perlu bantuan oksigen) sebanyak 67 dan kategori lima (kritikal, gunakan ventilator) 164.

“Dapatkan vaksin bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan Covid-19 di dalam negara terutamanya kes di kategori tiga hingga lima,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 223 kematian dilapor pada hari ini dengan jumlah tertinggi dicatat di Selangor dengan 77 kes.

Ia diikuti Sabah (27), Kedah (23), Pulau Pinang (20), Kuala Lumpur dan Melaka (18), Johor (14), Negeri Sembilan (11), Perak (tujuh), Pahang (lima), Sarawak (dua) dan Putrajaya (satu).


Pengarang :