Petugas kesihatan memberi suntikan kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Seri Serdang di Aurora Place Bukit Jalil pada 9 Ogos 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 46 peratus penduduk Selangor lengkap terima vaksin

SHAH ALAM, 13 OGOS: Seramai 2.19 juta atau 46.1 peratus rakyat Selangor telah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat hari ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penduduk yang mendapat suntikan pelalian dos pertama pula adalah 3.69 juta atau 77.6 peratus.

“Setakat 13 Ogos, sejumlah 5.87 juta dos vaksin telah disuntik di Selangor (untuk Program Imunisasi Kebangsaan – PICK).

“Manakala menerusi Program Vaksin Selangor (Selvax) pula, tambahan sebanyak 276,926 dos telah diberi,” katanya menerusi Twitter.

Bagi mempercepatkan kadar vaksinasi penduduk, Kerajaan Negeri melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri pada Jun dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.

Usaha melibatkan kos RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka PICK.


Pengarang :