Petugas kesihatan memberi penerangan mengenai suntikan vaksin kepada seorang wanita warga asing ketika tinjauan di Rumah Prihatin, Hotel Grand Seasons pada 11 Ogos 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lebih 9.5 juta individu lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Seramai 25,863,563 orang vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 16,347,422 orang menerima suntikan dos pertama manakala 9,516,141 orang menerima dos kedua.

Mengikut peratusan, 50.1 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 29.1 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 497,352 dos diberikan semalam dengan 227,506 adalah pemberian dos pertama manakala 269,846 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

-BERNAMA


Pengarang :