Petugas Lembaga Zakat Selangor menyediakan agihan daging korban kepada asnaf dan fakir miskin sekitar Puchong dan PPRT Hicom pada 7 Ogos 2021. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS: 3,000kg daging korban diagih kepada asnaf, fakir miskin

SHAH ALAM, 9 OGOS: Sejumlah 3,000 kilogram daging korban diagihkan kepada asnaf dan fakir miskin serta masyarakat sekitar Puchong dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Hicom kelmarin.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan pihaknya membantu menyerahkan daging korban anjuran Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM).

Penyerahan daging itu dilakukan ketua pegawai eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop kepada wakil-wakil masjid di kawasan tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga dengan bekalan daging ini dapat meringankan beban terutama di waktu yang sukar ini,” katanya menerusi Facebook semalam.


Pengarang :