Air Selangor merupakan pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

MB: Isu pencemaran bau Sungai Semenyih berjaya selesai kurang 24 jam

SHAH ALAM, 31 OGOS: Isu pencemaran bau yang mengakibatkan henti tugas di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam.

Susulan itu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bekalan air bersih akan disalurkan semula kepada penduduk secara berperingkat mulai esok.

“Lori tangki akan terus membawa bekalan air ke kawasan yang terjejas di samping pili awam di lokasi tertentu,” katanya di Facebook sebentar tadi.

Amirudin juga berkongsi makluman Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengenai bacaan tahap 0 TON tiga kali berturut-turut direkodkan yang membolehkan LRA berkenaan beroperasi semula.

LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau yang dikesan di stesen pam air mentah Jenderam Hilir pada jam 11.10 pagi tadi.

Senarai lengkap kawasan terjejas dimuatkan di Facebook Air Selangor di pautan berikut: https://www.facebook.com/airselangor/posts/4688849484478930

 


Pengarang :