Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama peniaga dan mengedarkan kit cecair pembasmi kuman di Pasar Awam Banting, Kuala Langat pada 21 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Tiga inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0 selesai sepenuhnya

SHAH ALAM, 25 OGOS: Tiga inisiatif dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan Kerajaan Negeri pada Jun selesai sepenuhnya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia meliputi pemberian moratorium kepada usahawan Hijrah dan penangguhan sewa penghuni projek perumahan rakyat.

“Penanguhan bayaran pinjaman pelajaran biasiswa Yayasan Selangor juga selesai sepenuhnya. Baki 23 inisiatif dalam pelaksanaan,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor pada 26 Ogos.

Beliau berkata seramai 496,800 individu menerima manfaat membabitkan perbelanjaan RM236.63 juta daripada nilai keseluruhan pakej bernilai RM551.56 juta setakat 16 Ogos.

Pada 9 Jun, Kerajaan Selangor membentang pakej bertemakan Bersama Menuju Kejayaan bagi membantu golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelan merangkumi 26 inisiatif memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk termasuk golongan berpendapatan rendah, pelajar, usahawan kecil, petani dan penggiat pelancongan.


Pengarang :