Keadaan ratusan ikan mati di Sg. Penchala, Seksyen 14, Petaling Jaya pada 12 Ogos 2021. Foto Facabook Lembaga Urus Air Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Tindakan tegas kepada pihak jadi punca cemar Sungai Penchala

SHAH ALAM, 17 OGOS: Kerajaan Selangor memandang serius insiden pencemaran Sungai Penchala, Petaling Jaya yang mengakibatkan ratusan ikan mati pada minggu lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin shari menerusi Facebook berkata siasatan terperinci insiden itu sedang dijalankan agensi berkaitan.

“Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan jenayah alam sekitar dan memastikan tindakan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Pada 12 Ogos Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar Selangor berhubung kejadian ikan mati dengan jumlah yang banyak di Sungai Penchala.

Hasil siasatan, LUAS berjaya mengesan pelepasan bahan kimia daripada sebuah kilang berhampiran Jalan Professor Koy Khee Kim yang menjadi punca kejadian berkenaan pada 14 Ogos.

Berikutan itu tindakan diambil mengikut Seksyen 79(1)(a) Enakmen LUAS (Pindaan) 2020 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak kurang RM200,000 atau lebih RM1 juta jika sabit kesalahan.


Pengarang :