AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

MB ucap tahniah kepada Yee Khie menang perak paralimpik

SHAH ALAM, 30 OGOS: Dato’ Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada Jong Yee Khie yang memenangi pingat perak dalam acara powerlifting pada kejohanan Sukan Paralimpik di Tokyo hari ini.

“Tahniah buat atlet kebangsaan, Jong Yee Khie yang telah berjaya meraih pingat dalam acara powerlifting lelaki 107kg di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

“Anda adalah wira!,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter hari ini.

Atlet para negara kelahiran Sarawak berusia 32 tahun itu menyumbang perak iaitu pingat kedua kepada kontinjen Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia membabitkan orang kelainan upaya (OKU).

Sebelum ini rakan sepasukannya Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan emas acara powerlifting 72kg semalam.

Yee Khie melakukan angkatan 237kg pada pusingan kedua untuk memastikan perak menjadi miliknya manakala emas dimenangi Sodnompiljee Enkhbayar dari Mongolia dan gangsa Razi Sama (India).


Pengarang :