Ucapan takziah oleh Dato’ Menteri Besar atas pemergian Allahyarham Afizan Mohamad yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 8 Ogos 2021. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDANASIONAL

MB ucap takziah pemergian pengarah CAC Hulu Langat akibat Covid-19

SHAH ALAM, 10 OGOS: Dato’ Menteri Besar menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Pengarah Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Hulu Langat Afizan Mohamad akibat Covid-19 kelmarin.

Dalam kenyataan ringkas di Facebooknya, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Allahyarham banyak menabur bakti membantu pesakit yang dijangkiti virus berkenaan.

“Belasungkawa atas pemergian Almarhum Afizan Mohamad, Ketua CAC Daerah Hulu Langat yang telah menabur bakti membantu para pesakit. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Doa juga dipanjat buat ahli keluarga, rakan-rakan serta warga Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat. Semoga tabah dan cekal menghadapi ujian ini,” tulisnya.

Allahyarham Afizan yang juga Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran PKD Hulu Langat meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Serdang pada jam 12 tengah malam dan selamat dikebumikan kelmarin.


Pengarang :