Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin menyerahkan bantuan makanan kepada penduduk terjejas susulan pandemik Covid-19 di Kampung Perigi Nenas, Klang pada 19 Julai 2021. Foto MPK
PBTSELANGOR

MPK agih 5,800 bantuan makanan, ringan beban golongan terjejas PKP

SHAH ALAM, 25 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyumbangkan 5,800 bakul makanan berupa keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan telur kepada golongan terjejas susulan penularan Covid-19.

Yang Dipertua Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata pihaknya menyedari kesukaran dihadapi mereka yang hilang mata pencarian disebabkan sekatan pergerakan dan ekonomi.

“Menjadi tanggungjawab MPK untuk peka kebajikan penduduk serta warga kerjanya kerana mereka merupakan sebuah keluarga perlu dijaga dan disokong dalam menghadapi wabak ini,” katanya.

Ahmad Fadzli berkata pihaknya turut dibantu agensi lain iaitu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI yang menyediakan 500 set bantuan dan 300 bakul disumbangkan Klanggroup Holdings Sdn Bhd.

“Kerjasama ini menterjemahkan usaha kerajaan bersama pihak lain untuk meringankan beban rakyat dalam saat-saat sukar,” katanya.


Pengarang :