Isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad memberi makanan kepada rusa sempena lawatan nya ke Selangor Fruit Valley anjuran PKPS di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 25 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MPKS diharap pacu imej baik industri pelancongan, tingkat ekonomi setempat

SHAH ALAM, 7 OGOS: Dato’ Menteri Besar berharap Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memacu imej baik industri pelancongan kawasan itu bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penambahbaikan tahap keselamatan dan perkhidmatan produk pelancongan diyakini meningkatkan sumber ekonomi penduduk setempat serta negeri.

“Kuala Selangor yang terletak di utara Selangor telah menjadi pilihan utama rakyat tempatan dan luar negara kerana terkenal dengan produk eko pelancongan.

“Malah, Kuala Selangor merupakan permulaan untuk Kerajaan Negeri meneruskan pembangunan mengikut kesesuaian dan kepentingan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena pengisytiharan MPKS secara maya hari ini.

Amirudin juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua kumpulan pengurusan dan warga pihak berkuasa tempatan (PBT) itu yang bekerja keras bagi mendapatkan status perbandaran.

“Saya percaya dengan pengalaman serta kepimpinan yang dipertua, seluruh warga kerja akan lebih bersemangat untuk terus memacu kegemilangan ini pada masa depan,” katanya.


Pengarang :