Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai tangan kepada pengamal media sebelum masuk ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Muhyiddin tinggalkan Istana Negara selepas 40 minit menghadap Agong

SHAH ALAM, 16 OGOS: Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan pekarangan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jam satu tengah hari tadi.

Terdahulu kenderaan dinaiki perdana menteri dilihat masuk ke pintu masuk utama Istana Negara jam 12.23 tengah hari, lapor Malaysiakini.

Kenderaan-kenderaan membawa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim turut dlihat memasuki Istana Negara.

Turut dilihat memasuki dan meninggalkan pekarangan Istana Negara, kenderaan membawa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

Sebelum itu, Bernama melaporkan, Muhyiddin mengadakan mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya yang berlangsung kira-kira tiga jam.


Pengarang :