Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar selepas pelancaran inisiatif infrastruktur digital pintar Smart Selangor di Dewan Serbaguna Wisma Ehsan, Shah Alam pada 16 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri Pintar: Selangor sedia kongsi data dengan persekutuan

SHAH ALAM, 30 OGOS: Selangor sedia berkongsi data bersama Kerajaan Persekutuan bagi memastikan rancangan menjadi Negeri Pintar (Smart Selangor) menjelang 2025 tercapai.

Dato’ Menteri Besar berkata sekiranya bergerak sendiri, Kerajaan Selangor sukar merealisasikan matlamat itu memandangkan negeri ini merupakan nadi penggerak negara.

“Kerap kali saya ingatkan kita tak boleh kerja sendirian untuk laksanakan Smart Selangor. Jadi kita tak ada masalah dan terbuka untuk berkongsi data namun perlu ada syarat tertentu.

“Bila gabungkan data, seperti pandemik Covid-19. Kita mampu tebak pergerakan jangkitan dan sikap manusia, jadi boleh rencanakan program (mengatasi).,” kata Dato’ Seri Amirudn Shari.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Bukit Antarabangsa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kesediaan Kerajaan Selangor berkongsi data memandangkan negeri ini menggiatkan konsep pendigitalan.

Selangor menjadi negeri pertama memperkenalkan pendigitalan dalam pentadbiran negeri antaranya Citizen E-Payment Platform (CEpat) dan Platform Selangor (PLATS).


Pengarang :