Isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Masdiana Muhamad menyerahkan sumbangan barang keperluan wanita dan keperluan asas kepada wakil Rumah Sinar Kasih di Bukit Beruntung, Rawang pada 10 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pekawanis peruntuk RM220,000 bantu pesakit kronik beli ubat

SHAH ALAM, 24 OGOS : Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk sejumlah RM220,000 bagi membantu pesakit kronik di 44 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhammad berkata inisiatif di bawah program Ziarah Medik Pekawanis bertujuan meringankan beban pesakit untuk membeli ubat-ubatan.

“Setiap daripada pesakit ini diberi RM250 untuk membeli ubat dan barangan keperluan harian. Golongan penerima layak akan ditentukan oleh ahli majlis dan ketua kampung.

“Kita harap bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka terutama ketika pandemik Covid-19,” katanya kepada SelangorKini.

Isteri kepada Dato’ Menteri Besar berkata Pekawanis juga sedang dalam perancangan untuk mengagihkan sumbangan kit kesihatan kepada petugas barisan hadapan pada masa akan datang.

“Kita sedang merancang program, insya-Allah nanti kita akan umumkan peralatan yang ada dalam kit itu,” katanya.


Pengarang :