Sukarelawan Troopers membantu orang ramai yang hadir program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti peringkat DUN Subang Jaya di pusat pemberian vaksin (PPV) Hotel De Palma, Shah Alam pada 19 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pekerja restoran lega lengkap Vaksin Selangor, boleh hidang nasi kandar

SHAH ALAM, 19 OGOS: Seorang pekerja restoran menghela nafas lega dapat meneruskan tugas tanpa bimbang berisiko tinggi dijangkiti wabak selepas lengkap dua dos menerusi program Vaksin Selangor (Selvax).

Alamgir Sossen, 39. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Alamgir Sossen, 39, warga India yang bekerja di restoran nasi kandar di Subang berkata sebelum ini ada kalanya timbul kebimbangan itu kerana sentiasa berdepan dengan ramai orang.

“Sekarang senang hati hendak sedia nasi kandar kerana sudah lengkap vaksin, saya harap restoran dapat kebenaran buka sepenuhnya nanti,” katanya ditemui pada program Selvax Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya di sini, hari ini.

Warga Bangladesh Md Mozibur Rahman Bhuiyan, 39, memuji inisiatif DUN Subang Jaya menyediakan gegantung tatacara operasi piawai dalam lima bahasa asing yang memudahkan warga asing.

Md Mozibur Rahman Bhuiyan, 39. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Ada rakan saya dari Bangladesh belum lagi fasih bahasa Melayu, jadi bila ada penerangan dalam bahasa Bengali mudah mereka faham.

“Jadi proses berjalan lancar apabila mereka faham peraturan di sini,” kata pekerja penyelenggara penyaman udara berasal dari daerah Comilla, Bangladesh.


Pengarang :