Yayasan Selangor menganjurkan pertandingan menghasilkan video pendek sempena bulan kemerdekaan negara ke-64. Foto FACEBOOK YAYASAN SELANGOR
AGENSISELANGOR

Pelajar Yayasan Selangor dipelawa sertai pertandingan cipta video merdeka

SHAH ALAM, 20 OGOS: Pelajar tajaan Yayasan Selangor (YS) berpeluang menang hadiah wang tunai keseluruhan RM1,700 dalam pertandingan menghasilkan video pendek sempena bulan kemerdekaan negara ke-64.

Berdasarkan perkongsian agensi itu menerusi Facebook, johan pertandingan mendapat RM500, pemenang kedua RM300 diikuti ketiga RM200 manakala tujuh lagi peserta menerima sagu hati RM100 setiap seorang.

Cara penyertaan adalah peserta perlu menekan tanda suka dan mengikuti Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube rasmi YS melalui pautan:https://linktr.ee/yayasanselangor.

Syarat lain peserta perlu menghasilkan video selama tiga minit bertema kemerdekaan sama ada bentuk lakonan, nyanyian, puisi, syair, sajak dan rap.

Video kemudian dihantar ke e-mel [email protected] dan tarikh tutup penyertaan pada 27 Ogos

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/3CtIRpS


Pengarang :