ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar meletakkan barangan keperluan asas makanan ke dalam kotak penghantar makanan semasa program serahan bakul makanan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia, Petaling Jaya pada 6 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Penggiat seni terjejas pendapatan dipelawa mohon bantuan makanan

PETALING JAYA, 7 OGOS: Wakil rakyat Seri Setia mengalu-alukan golongan penggiat seni yang terjejas pendapatan memohon bantuan makanan menerusi pusat khidmat masyarakatnya.

Halimey Abu Bakar berkata bantuan demi meringankan beban golongan berkenaan tidak terhad kepada mereka yang menetap dalam kawasan Seri Setia.

“Kita boleh salurkan nama untuk mendapat bantuan di kawasan mereka tinggal. Insya-Allah, kita akan bantu memandangkan mereka juga memainkan penting kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan pek makanan asas kepada 100 individu terjejas pendapatan akibat Covid-19 di Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia semalam.

Menurut Halimey setakat ini seramai 15 individu termasuk pelakon, penyanyi, penulis dan pelukis yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 menerima bantuan pusat khidmatnya.

Antara artis veteran pernah dibantu ialah Yeop Fadhil dan Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over.

“Walaupun bantuan hanya berbentuk makanan asas, namun mampu meringankan beban mereka yang terputus pendapatan akibat Covid-19,” katanya.


Pengarang :