Pengarah PERKESO, Zainol Abu (dua, kanan) menyerahkan cek cura khairat kematian kepada penerima Ira Maya Ramlie (dua, kiri) sambil di saksikan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 29 Ogos 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA

Perkeso serah sumbangan khairat kematian kepada kakak ipar isteri MB

SHAH ALAM, 29 OGOS: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada kakak ipar isteri Dato’ Menteri Besar yang kematian suami pada Julai.

Penyerahan dibuat Pengarah Perkeso negeri Zainol Abu kepada Ira Maya Ramlie di kediaman rasmi Menteri Besar dengan disaksikan Dato’ Seri Amirudin Shari serta isteri, Datin Masdiana Muhamad.

Ira Maya,39, berkata sumbangan berjumlah RM2,000 selain pencen penakat bulanan membantu meringankan beban dirinya bersama enam anak.

Ira Maya Ramlie

“Walaupun bekerja sebagai guru namun saya perlu membayar rumah, kereta serta tanggung keperluan keluarga. Anak berusia satu hingga 14 tahun dan masih bersekolah,” katanya.

Pada 22 Julai, abang sulung Masdiana, Masrun, 39, yang tinggal di Puchong menghembuskan nafas terakhir selepas 20 hari bertarung melawan Covid-19.

 


Pengarang :