Poster yang dikongsikan Facebook Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali pada 21 Ogos 2021
AGENSISELANGOR

PPV Dewan Komuniti Serendah ditutup esok

SHAH ALAM, 22 OGOS: Pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Komuniti Serendah akan ditutup mulai esok, maklum Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali.

Justeru, individu yang mendapat janji temu di PPV berkenaan diminta hadir ke PPV Bukit Beruntung Golf Club pada 24 Ogos bagi mendapat suntikan pelalian.

Melalui perkongsian infografik di Facebook, PPV Bukit Beruntung Golf Club akan ditutup sehari esok bagi proses penyelarasan semula pengoperasian.

Individu yang menghadapi kesulitan boleh menghubungi PPV Bukit Beruntung Golf Club di talian 019-4037416.

Pada 20 Ogos, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengarahkan 29 PPV di Selangor ditutup secara berperingkat mulai esok hingga September.

Arahan itu berikutan sebanyak 73.8 peratus individu dewasa di Lembah Klang lengkap dua dos vaksin pada 18 Ogos.


Pengarang :