Rangga Anta, 20, (kiri) mengambil gambar ahli keluarganya selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Dusun Tua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Evo Mall Bandar Baru Bangi, Kajang pada 16 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

PPV Evo Mall tambah sukarelawan, tangani kesesakan pasar raya

BANGI, 16 OGOS: Klinik Selcare menambah sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) Evo Mall susulan pembukaan 11 jenis aktiviti ekonomi bermula hari ini.

Penyelaras PPV itu Amiroel Zhafran berkata penambahan lima lagi kakitangan menjadikan 37 sukarelawan bagi membantu mengawal kesesakan di pintu masuk memandangkan PPV berkenaan dibina dalam pasar raya.

“Sejak dibuka 26 Jun pengurusan bangunan membuat dua laluan, satu ke PPV dan satu ke pasar raya. Namun disebabkan banyak premis akan dibuka minggu ini, kita terpaksa tambah jumlah sukarelawan.

“Mereka akan mengawal aliran trafik bahagian pendaftaran yang kerap sesak kerana ramai tidak memuat turun aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat),” katanya ditemui hari ini.

Bermula hari ini kerajaan membenarkan premis cuci kereta, elektrik dan elektronik, barangan rumah dan peralatan dapur, perabot, peralatan sukan, aksesori kereta dan pusat pengedaran serta jualan kereta dibuka.

Kebenaran turut diberi kepada pasar pagi dan pasar tani; kedai pakaian, fesyen dan aksesori; barang kemas dan kedai gunting rambut.


Pengarang :