Exco Kerajaan Negeri Mohd Khairuddin Othman menyampaikan cek cura kepada Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Mohamad Nizam Marjugi ketika program sumbangan p-panggilan inisiatif RiDE di Dewan MBSA Seri Pagi, Paya Jaras, Sungai Buloh pada 15 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

RiDE diperluas kepada peserta usia 30 hingga 40 tahun

SHAH ALAM, 16 OGOS: Kerajaan Negeri bersetuju memperluas program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) kepada penunggang p-panggilan berusia 30 hingga 40 tahun.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata keputusan dibuat berikutan ramai penghantar makanan peringkat usia tersebut yang terjejas pendapatan susulan pandemik Covid-19.

Exco Kerajaan Negeri Mohd Khairuddin Othman berucap ketika program Sumbangan p-panggilan inisiatif RiDE di Dewan MBSA Seri Pagi, Paya Jaras, Sungai Buloh pada 15 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Apabila wabak melanda, bukan sahaja belia terlibat dengan isu pekerjaan dan ekonomi malah ramai yang melepasi umur 30 ditimpa kesusahan serta mula menjalankan khidmat penghantaran barang menggunakan motosikal.

“Lalu, saya meminta Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor (Mohamad Nizam Marjugi) buat kertas kerja dan mendapat kelulusan supaya individu usia 30 hingga 40 diberi peluang memohon RiDE tahun ini selain belia,” katanya.

Beliau ditemui media selepas menyerahkan bantuan kewangan RM500 kepada kira-kira 600 peserta RiDE di pekarangan Dewan MBSA Seri Pagi, Seksyen 19 di sini semalam.

Permohonan RiDE dibuka dari Januari hingga akhir tahun ini melalui laman sesawang https://msnselangor.gov.my.

Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk RM2 juta untuk program tersebut dengan sasaran 3,000 peserta.


Pengarang :