Gambar ilustrasi diambil pada 24 Julai 2019 di Paris menunjukkan logo aplikasi video Amazon Prime pada skrin tablet. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Selangor agih 200 kad SIM percuma ke setiap DUN

SHAH ALAM, 4 OGOS: Selangor akan mengagihkan 200 kad modul pengenalan pelanggan (SIM) percuma ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diberi kepada individu yang layak.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penerima juga akan mendapat manfaat internet percuma selama 12 bulan yang dibiayai sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

“Penggunaan internet kini telah menjadi satu keperluan terutama dalam keadaan sekarang kita duduk di rumah tetapi masih perlu bekerja, berniaga termasuk sesi pembelajaran secara dalam talian.

“Kita telah didedahkan dengan norma baharu yang banyak memerlukan internet namun tidak semua mampu untuk melanggan data kerana memikirkan keperluan asas lain yang lebih penting,” katanya ketika pengumuman khas Data Internet Selangor menerusi siaran langsung di Facebooknya hari ini.

Amirudin berkata individu yang mahukan data internet ini boleh memohon di pusat khidmat masyarakat kawasan masing-masing. Maklumat mengenai pusat khidmat pula boleh disemak menerusi laman sesawang Platform Selangor www.platselangor.com.

Hari ini, beliau mengumumkan seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menikmati kad SIM dan data internet secara percuma selama 12 bulan dengan peruntukan RM17.5 juta.


Pengarang :