Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada penerima ketika program Vaksin Selangor (Selvax) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 21 Ogos 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor catat tujuh kluster Covid-19, lima babit tempat kerja

SHAH ALAM, 25 OGOS: Selangor merekodkan tujuh kluster baharu Covid-19 hari ini dengan lima daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan menerusi kenyataan memaklumkan kluster tempat kerja membabitkan kluster Tapak Bina Persiaran Puncak Alam 11 yang tercetus di Kuala Selangor, Petaling dan Klang serta kluster Tapak Bina Persiaran Emas di Kuala Langat.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga lagi kluster tempat kerja ialah kluster Industri Anggerik Mokara 59 di Klang, kluster Jalan Lalang Batu 30 di Hulu Langat dan kluster Jalan Western 2 di Sepang.

Baki dua lagi ialah kluster Lorong Enam Sekinchan di Sabak Bernam membabitkan komuniti dan kluster kumpulan berisiko tinggi di Jalan Sepang 2, Sepang iaitu kluster Jalan Sepang 2.

Keseluruhannya sebanyak 211 kes positif dikesan dalam semua kluster terbabit hasil saringan terhadap 699 individu.

Hari ini, Selangor mencatat 6,325 kes baharu dengan 105 kematian iaitu 80 kes di hospital manakala selebihnya meninggal dunia sebelum tiba di hospital (BID).


Pengarang :