Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) menyampaikan cek cura berjumlah RM100,000 kepada EXCO Sumber Manusia Negeri Kedah Brigedier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad (tengah) dalam sesi lawatan ke kawasan terjejas di air terjun Titi Hayun, Yan Besar pada 31 Ogos 2021. Turut kelihatan Pegawai Daerah Yan Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor hulur bantuan untuk mangsa banjir lumpur di Yan

YAN BESAR, 31 OGOS: Kerajaan Selangor menyumbang bantuan RM100,000 kepada Kerajaan Kedah bagi membantu mangsa banjir lumpur akibat fenonema kepala air pada 18 Ogos.

Sumbangan diserah Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari kepada EXCO sumber manusia Kedah Brigedier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad.

“Mungkin jumlah yang diberikan terlalu kecil untuk keperluan dan kos pemulihan memakan belanja sehingga RM60 juta.

“Terpulang kepada mereka tetapi mungkin boleh diberikan kepada yang memerlukan ikut kesesuian dan pelan kerajaan Kedah,” kata Amirudin.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat kesan banjir akibat fenomena kepala air dalam sesi lawatan ke kawasan terjejas di air terjun Titi Hayun, Yan Besar pada 31 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Dalam lawatan ke air terjun Titi Hayun hari ini, beliau turut menyerahkan barang keperluan harian daripada Yayasan Selgate kepada keluarga terjejas.

Dato Menteri Besar juga menyampaikan sumbangan wang tunai kepada enam keluarga mangsa yang terkorban akibat bencana berkenaan.

Dalam kejadian 18 Ogos lalu, enam orang terkorban dalam kejadian banjir ekoran fenomena kepala air dari Gunung Jerai.

Sebanyak 800 rumah di sekitar Yan dan 200 rumah di Tupah, Kuala Muda terjejas akibat kejadian tersebut.


Pengarang :