LUAS menjalankan siasatan dan pensampelan kualiti air kolam takungan Sungai Langat. Foto Facebook Lembaga Air Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor tidak kompromi isu pencemaran, LUAS atasi aduan segera

SHAH ALAM, 11 OGOS: Selangor tidak akan berkompromi berhubung isu pencemaran di negeri ini, tegas Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah bertindak segera berhubung aduan pencemaran di Sungai Langat membabitkan sebuah kilang kertas kitar semula pada 26 April lalu.

Menurut beliau sekurang-kurangnya tiga pemeriksaan berhubung aduan pencemaran di Sungai Langat membabitkan sebuah kilang kertas kitar semula.

“Tiada kompromi dengan isu pencemaran,” katanya menerusi Facebook.

Pada 8 Ogos, LUAS telah mengambil tindakan segera berhubung aduan pencemaran di Sungai Langat membabitkan sebuah premis kilang kertas kitar semula pada 26 April lalu.

LUAS dalam satu kenyataan menjelaskan hasil siasatan dan pensampelan dilakukan bagaimanapun mendapati kualiti air kolam takungan di lokasi berkenaan berada dalam keadaan baik dan tiada pencemaran ditemui.

Berdasarkan rekod, indeks kualiti air di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang di hulu premis itu juga berada dalam keadaan baik iaitu Kelas II (April 2021) dan tiada gangguan terhadap abstraksi muka sauk bekalan air.


Pengarang :