DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (tengah) bergambar selepas berkenan menerima menghadap Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman (kiri) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 19 Ogos 2021. Turut berangkat DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (kanan). Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor terima menghadap Naib Canselor UPM baharu

SHAH ALAM, 20 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) baharu Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman di Istana Bukit Kayangan, semalam.

Kenyataan di Facebook Selangor Royal Office memaklumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga Canselor UPM diberi taklimat ringkas mengenai visi dan hala tuju universiti itu.

“Khususnya dalam aspek pemerkasaan bidang penyelidikan dan sektor pertanian berteknologi tinggi,” menurut kenyataan itu semalam.

Pelantikan Mohd Roslan berkuat kuasa 1 September ini sehingga 31 Ogos 2023.

Turut berangkat, Raja Muda Selangor Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah.


Pengarang :