AGENDABERITA UTAMAPILIHAN MINGGUAN

Talian Sahabat tawar khidmat nasihat tangani isu tekanan mental

SHAH ALAM, 17 OGOS: Kerajaan Negeri menawarkan khidmat nasihat kepada individu yang berdepan masalah tekanan mental melalui Pusat Kaunseling Selangor-Talian Sahabat (PKS-TS).

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif itu diambil berikutan kebimbangan isu tekanan mental terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan Negeri sentiasa berikhtiar bagi memastikan mereka yang memerlukan bantuan dapat dibantu,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Amirudin berkata individu berkaitan boleh membuat janji temu dengan menghubungi talian 03-55190500 atau 013-3009291 (WhatsApp) untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

“Sama-sama kita sebarkan agar dapat memberi manfaat kepada warga Selangor,” katanya.

 


Pengarang :